SAINS

Sains didefinisikan sebagai ilmu yang boleh menerang dan memahami sifat alam. Bidang sains mengandungi tiga aspek iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. Menurut Abruscato (2000), sains adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapatkan maklumat berhubung alam semula jadi. Dengan kata lain, sains adalah pengetahuan yang diperolehi melalui aplikasi proses saintifik. Penerapan pendidikan awal sains seharusnya dimulakan pada peringkat lebih awal lagi (Vygotsky, 1984). Ini kerana matlamat pendidikan awal sains kepada kanak-kanak dapat membentuk dan memupuk perkembangan dalam aspek pengetahuan dan kemahiran (Harlan & Jelly,1989). Bidang ilmu sains membekalkan rangka konsep bagi membolehkan kanak-kanak memahami alam sekeliling. Pendedahan awal kepada kanak-kanak terhadap bidang sains adalah penting bagi perkembangan konsep-konsep saintifik serta perkembangan intelek yang lain. Proses Pendidikan Awal Sains awal kanak-kanak pada peringkat awal menekankan konsep pembelajaran aktif. Justeru, aktiviti-aktiviti yang dirancang perlulah bercorak Hands-on yang mana ia dapat melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui interaksi. Ini kerana kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik melalui pemerhatian, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman saintifik. Menyedari kepentingan ini, Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak telah menawarkan subjek Awal Sains Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Kursus ini mengintegrasikan komponen pendidikan awal sains dan menghubungkait pembelajaran awal sains dengan kehidupan seharian. Konsep awal sains, konsep asas sains, kemahiran proses awal sains adalah merupakan topik yang perlu dipelajari oleh guru pelatih dalam subjek ini. Di samping itu, guru pelatih dapat mempelajari pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran awal sains kepada kanak-kanak yang bersesuaian dengan tahap kanak-kanak. Malah, strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran awal sains turut ditekankan kepada guru pelatih di Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak. Selepas melakukan aktiviti PdP, guru pelatih juga perlu melakukan penilaian terhadap kanak-kanak, guru pelatih dapat mempelajari kaedah untuk membuat penilaian melalui topik penilaian awal sains dalam pendidikan awal sains. Tuntasnya, pendidik perlu memainkan peranan yang penting dalam membantu kanak-kanak menguasai kemahiran saintifik serta konsep-konsep sains dengan menyediakan persekitaran dan peluang-peluang yang membolehkan kanak-kanak meneroka alam sekeliling, membuat ramalan melalui eksperimen ringkas dan membuat rumusan. Dengan adanya subjek Awal Sains di Kolej Perkembangan Awal kanak-kanak akan mendedahkan guru pelatih kepada pelbagai aktiviti PdP yang menarik dan bersesuaian dengan kanak-kanak kelak Sains dan teknologi banyak membantu memajukan negara terutamanya dalam sektor pertanian.Pelbagai ciptaan sains diselidik,direka dan digunapakai dalam sektor pertanian.Sains dan teknologi banyak memudahkan para petani untuk menghasilkan kualiti hasil tanaman lebih bagus dan meningkatkan kuantiti hasil pertanian. Penemuan ciptaan baja organik pada suatu masa dahulu telah membantu sektor pertanian dalam negara kita kerana dapat menghasilkan hasil tanaman yang lebih bermutu.Tambahan pula baja organik ini telah diuji sebelum ini dan terbukti bahawa penggunaan baja organik dapat menghasilkan tanaman yang lebih berkualiti.Contoh penggunaan baja organik telah meningkatkan kualiti hasil tanaman ialah hasil tanaman buah-buahan yang tidak mengandungi biji.Kemudahan bagi kita untuk makan dengan senang dan keselamatan bagi kanak-kanak untuk memakan buah-buahan tersebut. Kaedah yang digunakan kini iaitu menggunakan jentera mesin untuk menghasilkan hasil tanaman juga merupakan kemudahan yang kita dapat dari kemajuan sains dan teknologi.Dengan kemudahan jentera mesin,para petani dapat menghasilkan hasil tanaman dengan banyak di samping menjimatkan tenaga dan masa.Penggunaan jentera mesin juga dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti dengan cepat dan mudah.Contohnya jentera memproses padi.Masalah kekurangan beras dapat dielakkan dengan penggunaan jentera memproses padi memandangkan jumlah pendudk di negara kita semakin bertambah.Jentera memproses padi dapat memungut hasil tuaian dengan cepat dan berkuantiti banyak. Kaedah cara kawal perosak juga telah memberi peningkatan dari segi kualiti hasil pertanian iaitu hasil pertanian lebih baik dan sempurna.Jika dahulu,tanpa penggunaan kaedah dari sains dan teknologi,ramai petani menggunakan orang-orang untuk menghindari hasil tanaman diganggu burung.Tetapi tanaman masih diganggu oleh ulat yang menyebabkan kerosakan pada tanaman.Kaedah tanaman realistik maju dengan cara kawal perosak dapat menjimatkan kos,masa dan tenaga di samping menambah baik kualiti tanaman. Apa yang kita lihat kini ialah faktor tanah,iklim dan saliran air juga dimanipulasi oleh sains dan teknolgi.Kebanyakan petani menggunakan kemudahan sains dan tenologi dalam pertanian untuk mengusahakan hasil pertanian mereka.Dengan cara begini, hasil pertanian lebih berkualiti dan kerkuantiti banyak dapat menambah pendapatan mereka sekaligus memajukan sektor pertanian dalam negara kita. Tanpa sains dan teknologi.mungkin cara bertani an sektor pertanian masih di takuk yang lama dan tidak dapat dimajukan.Tanpa sains dan teknologi juga mengakibatkan negara kita boleh kekurangan bahan makanan melalui pertanian memandangkan rakyat Malaysia semakin banyak dari tahun ke tahun.Kesimpulannya,sains dan teknologi banyak membantu kita dalam bidang pertanian

Comments